Salam.
1) Post ini khas buat keluarga Allahyarhamah Cik Haslinda Zerain. Ahli keluarga mereka ini telah yang telah pergi meninggalkan kita 24 Februari lepas.
2) Terkejut dan terkedu bila penulis mendapat berita tersebut. Tiada khabar dari arwah sepanjang enam bulan yang lepas. Hanya selepas arwah pergi, bapanya memberitahu bahawa arwah tenat di rumah selama tempoh itu. Berkerusi roda dan menggunakan katil hospital sebagai kemudahan.
3) Siapa yang tidak sedih. Beliau merupakan kenalan rapat penulis. Sangat prihatin dan mengambil berat mengenai agenda perjuangan parti. Komitmen adalah perkataan tepat menggambarkannya.
4) Beliau pergi dalam keadaan yang tenang, di rumahnya, di pangkuan ayahandanya. Alhamdulillah.
5) Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah dan Salam Takziah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment